Saturday, 8 October 2016

Hyperlink Laman Sesawang bank-bank di Malaysia dan Pay-pal

Kebaikkan Pembayaran Bil Utiliti Menerusi Laman Sesawang

  • Pelaksanaan operasi perbankan tanpa had masa.
  • Pelanggan dapat melaksanakan sebarang transaksi perbankan walau di mana sahaja
  • Pihak bank dapat menyampaikan sebarang maklumat terkini (promosi) mengenai produk bank kepada pelanggan dengan mudah dengan hanya mewujudkan laman sesawang sendiri.
  • Teknologi dikatakan dapat meningkatkan kecekapan kos bank-bank dengan menyediakan peluang untuk penggantian data dalam pengeluaran.
  • Membolehkan pelanggan berurusan terus dan mendapatkan maklumat kewangan dari kawasan luar operasi Bank pada setiap masa.
  • pembayaran dibuat dengan cepat dan serta merta dan mudah membuat pembayaran.
  • Jimat masa.
  • Boleh dipercayai.
  • Keberkesanan menghantar wang.

Tuesday, 4 October 2016

Kaedah Pembayaran Bil Utiliti Menerusi Laman Sesawang

2.2 CARA-CARA PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG:

1. Kaedah pembayaran bil utiliti menerusi laman sesawang bank.

Soalan yang kerap ditanya oleh pengguna ialah " Bagaimanakah cara untuk membayar bil utiliti menggunakan laman sesawang bank? " Saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.


Bil utiliti yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya. Ada beberapa langkah yang perlu anda ikut iaitu:
1Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
2. Kenalpasti nombor akaun bil anda
3.  Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar. 
4. Pastikan maklumat lengkap id anda.
5. Semak dahulu
6. Buat bayaran 
  • Contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun itu sebagaimana di underline dibawah :






  1. Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan nama pengguna dan kata laluan yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.


    2. 
    Paparan di bawah akan muncul. Senarai bil yang telah anda set sebagai favourite akan dipaparkan di sini. Jika baru mula membuat pembayaran,  ruangan ini akan kosong. Seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.


    3. 
    Anda perlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran. Contoh seperti di bawah ialah memasukkan bil astro anda. Pastikan “Payee Name” adalah betul. Bil nama samaran anda boleh letak dimana-mana sahaja. Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil itu. Ini penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun anda boleh disemak seperti yang diterangkan atas tadi. Kemudian klik “NEXT".                                   

4.  Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda adalah benar. Kemudian masukkan TAC(akan dikirim melalui telefon bimbit), pastu klik  ”SUBMIT”.
 5.Pastikan proses di atas tadi berjaya. Kemudian anda pergi ke cara membuat bayaran. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau untuk Pay Bills. Jika hendak semak balik bil yang anda telah set tadi, anda boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning.


6.Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Untuk Payment from, anda perlu pilih perlu bayar guna akaun mana satu, jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account sahaja, pilih saving account. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang hendak dibayar. Jika  pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Jika hendak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa hendak di buat pembayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar itu benar. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, sekiranya terlebih, tidak mempunyai masalah kerana nanti akan dipotong dari bil akan datang.  Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.

7.Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika sudah, klik “CONFIRM”

                                       

8- Paparan terakhir ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction statusi tu adalah “Successful”  baru ianya dikira sudah berjaya membayar bil tu.





    • Di bawah menunjukkan kaedah pembayaran bil menerusi lama sesawang pay-pal.
    1.  Pastikan anda mempunyai debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara penggunaannya.
    2. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.

    3.Bila sudah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’. 


    4.Selepas itu, isi  form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Ahmad bin Abu, isi macam biasa.  Jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Ahmad, isikan ‘first name’ dengan Ahmad dan ‘last name’ dengan Abu. Biarkan middle name kosong. 


    5. Bila sudah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah. Step ini, anda isi sahaja no.kad, lepas itu tunggu email untuk step seterusnya.


    6.Pada tahap ini PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

    7.Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari saja dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

    8.Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia. 4 angka itu boleh dapatkan di statement maybank.

    9.Terlebih dahulu, buat log in maybank2u. Lepas itu, klik ‘accounts and banking’ di tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar  sebagaimana gambar bawah ini.


    10.Sila  klik ‘debit card history’,  Akhir sekali akan keluar statement. Dari mana hendak ambil 4 angka,  ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tersebut dekat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.



    Pembayaran Bil Utiliti

    1.1 KEPENTINGAN APLIKASI PEMBAYARAN BIL UTILITI MENERUSI LAMAN SESAWANG
    • Memudahkan pengguna kerana tidak perlu melakukan urusniaga di mana-mana kaunter.
    • Menjimatkan tenaga dan masa pengguna kerana tidak perlu beratur.
    • Menggalakkan lebih ramai  pengguna untuk menggunakan transaksi ini.
    • Mengurangkan kesibukkan orang ramai di Bandar ketika ingin membuat pembayaran.
    • Menerima bil secara atas talian
    • Kesemua bil belum berbayar disatukan dalam satu muka.
    • Kemudahan membayar bil untuk diri sendiri dan untuk orang lain menggunakan pelbagai akaun perbankan Internet.
    • Tidak perlu bersusah untuk beratur atau mencari tempat letak kereta seperti yang berlaku jika membayar bil secara tradisional